Thursday, January 28, 2010

KATA - KATA ALUAN

Pengurusan sebuah sekolah yang cekap adalah bergantung kepada perancangan yang teliti serta kajian yang dibuat dari pelbagai aspek terlebih dahulu. Oleh itu, usaha-usaha perlulah dibuat untuk memastikan keberkesanan perjalanan organisasi sesebuah sekolah itu berjalan dengan lancar. Ini termasuklah bidang kurikulum dan ekstra kurikulum Sebagai seorang guru, perancangan awal adalah perlu untuk memastikan keberkesanan terhadap pengurusan dan terhadap pembelajaran disekolah. Ini adalah sesuai dengan matlamat pendidikan terutamanya diperingkat sekolah rendah. Perancangan yang baik pasti akan membantu menggerakkan perkembangan individu secara optima meliputi aspek jasmani, rohani,emosi dan intelektual. Guru sebagai agen perubahan adalah elemen penting dalam sesebuah sekolah. Tanpa peranan guru - guru adalah sukar ubntuk mencapai matlamat yang digariskan oleh kerajaan. Harapan saya, semoga program yang dirancang dilaksana dengan komitmen yang tinggi oleh semua guru- guru di sekolah ini. Program ini juga dianggap sebagai kayu pengkur bagi guru- guru menilai prestasi sendiri. TN HJ KAMAROLZAMAN BIN OSMAN Guru besar, SEKOLAH KEBANGSAAN 2 PALOH

komen dan cadangan