Wednesday, August 11, 2010
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL -MUBARAK
HIKMAH RAMADAN
Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang dikenali sebagai bulan ibadah yang dipenuhi dengan kebaikan, hikmah dan barakah. Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:
قَدْ جَاءَ كُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ.
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan".[1]
Telah dimaklumi oleh sekalian muslim dan muslimah bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah memerintahkan kepada setiap orang-orang yang beriman agar berpuasa di bulan Ramadan. Terdapat banyak ayat-ayat muhkamat yang mewajibkan mereka berpuasa apabila tiba bulan Ramadan sebagaimana firman Allah:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِىْ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالفُرِقَانِ ، فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ.
"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa".
Al-Baqarah, 2:185.